tip-tip untuk naikkan trafic blog anda  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

Antara tips-tips yang korang kena buat ialah :



1. Selalulah update blog korang. Jangan dibiarkan cerita-cerita basi duk melekat lama kat blog anda. Contohnya post new year, new year dah lama habis dah tapi duk stil kat atas sekali.


2. Rajin / Paksa diri blogwalking, atau ziarah kat blog orang lain. Selalunya bila kita datang blog orang dan tinggalkan jejak kat chatbox, mesti tuan blog tu akan datang balik. Dunia blog ni macam dunia kita gak, hidup berjiran, kalu kalu rajin ziarah bertegur sape, mesti lah jiran kita akan balas sapaan kita dan ziarah kita tu. senang citer dalam dunia blog ni kiter kene mesra.


2. Template yang mudah dan tak serabut. Yang ni memang penting, Kalu memilih template sepatutnya korang pilih lah template yang kemas dan tak menserabutkan kepala pengunjung-pengunjung yang datang. Kadang-kadang memang dah advance tapi macam berserabut. Lanun memang tak suka.

3. Kalau artikel korang menarik orang mesti nak komen, sebab tu borang ruang komen mesti Mudah.!! bagi saya komen pada artikel kita adalah satu penghargaan orang terhadap orang yang kita tulis. tak peduli la mengutuk ker komen tu, membina ker atau sekadar nak tegur ejaan. yang penting dieorg baca artikel kita. Mudah bermaksud tak perlu masuk kan "word verification" atau "comment form dalam windows lain". Kalu boleh yang mudah dan korang kena uji form komen korang mudah tak orang nak komen. Sesetengah template form nyer jadi lari / kecik, ni dah melecehkan visitor.

4. Tajuk Artikel yang Best, Artikel yang syok pastinya menarik perhatian orang. nampak jar tajuk post kita terus orang nak baca. Macam surat khabar negara kita mereka gunakan tajuk-tajuk yang macam kontriversi gitu. Contohnya, "Siti dipinang" padahal siti tu dipinang komposer bukan orang nak pinang untuk bernikah. Tajuk penting, Kasi gempak.

5. Artikel yang Gempak, berkaitan artikel ni bergantung pada jenis blog korang.

Sekiranya korang buat blog untuk kongsi aper yang korang buat tiap-tiap hari pastikan korang selitkan sesuatu yang menarik.. Contohnyer gambar, pandangan korang pasal apa yang berlaku, kalau boleh pandangan itu biarlah yang macam menarik perhatian dan boleh buat orang tak puas hati or orang akan argue, dengan ini korang akan dapat komen dari orang-orang yang tak puas hati tu. he3, apepun tu tetap komen kan. Dan pstikan komen tu berbalas, jangan biarkan. Pegang teguh pada pendapat korang.

Masak-masak.. Korang bagi gambar masakan tu menarik siap ngan hiasan, baru la terliur kiteorg penonton ni menengok nyer. Buat resipi yang menarik dan jarang orang buat. Bila nama-nama masakan yang pelik kompem orang akan pandang punya.. rasa nak rasa mesti membuak-buak. kreatif tu kunci segala-galanya.

Blog korang berkaitan ulasan isu-isu terkini pastikan isu itu korang ulas dengan baik dan dari sudut yang berbeza. Jangan sama macam apa yang orang punya pendapat. be different dan pastikan korang bubuh sket bukti untuk kukuhkan ape yang korang cakap. Gambar-gambar yang menarik pun boleh diletak untuk bagi pandangn jadi lebih kukuh.

6. Tambah chatbox kat blog korang,. Chatbox ni boleh korang jadikan tempat untuk berborak dan bertanya khabar. Boleh dikatakan semua blog sekarang ada chatbox. Sapa yang takda tu memang ketinggalan ya amat jauh. he3. Selalu lar jenguk2 peminat anda, bertanya khabar, tengok apa post dieorg.. Kalau nak orang masuk ke blog kita, pastikan kita pun masuk blog dieorg... Itu satu penghargaan bukan. Orang suka dihargai, jadi luangkan masa untuk itu.
chau chendol

This entry was posted on 7:21 PG . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan