10 cara romantik memohon maaf  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

Sekiranya pasangan anda merajuk disebabkan sedikit perselisihan faham yang terjadi, sudah pasti anda memerlukan masa yang agak lama untuk memujuknya.

Namun jangan susah hati kerana di sini diperturunkan 10 kaedah untuk memujuk pasangan yang merajuk dengan cara yang paling romantik. Kaedah ini jika digunakan sebaiknya pasti akan berjaya.


Walau bagaimanapun, segalanya bergantung kepada kejujuran serta tahap usaha yang anda tunjukkan. Ini kerana mereka yang merajuk selalunya suka dipujuk dan dirayu sebagai tanda anda menghargai mereka serta menyesali perbuatan yang telah lalu.


Oleh sebab itu, jika teknik pertama tidak berjaya, gunakan teknik kedua dan seterusnya. Lambat laun, hati si dia pasti akan cair dan dapat memaafkan anda.


1. Hulurkan
sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.


2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.


3. Tulis sebuah
kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.


4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah
lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.


5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.


6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-
pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.


7. Imbas kembali kenangan-
kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.


8.
Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.


9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan
kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.


10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan
SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.

tip-tip untuk naikkan trafic blog anda  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

Antara tips-tips yang korang kena buat ialah :



1. Selalulah update blog korang. Jangan dibiarkan cerita-cerita basi duk melekat lama kat blog anda. Contohnya post new year, new year dah lama habis dah tapi duk stil kat atas sekali.


2. Rajin / Paksa diri blogwalking, atau ziarah kat blog orang lain. Selalunya bila kita datang blog orang dan tinggalkan jejak kat chatbox, mesti tuan blog tu akan datang balik. Dunia blog ni macam dunia kita gak, hidup berjiran, kalu kalu rajin ziarah bertegur sape, mesti lah jiran kita akan balas sapaan kita dan ziarah kita tu. senang citer dalam dunia blog ni kiter kene mesra.


2. Template yang mudah dan tak serabut. Yang ni memang penting, Kalu memilih template sepatutnya korang pilih lah template yang kemas dan tak menserabutkan kepala pengunjung-pengunjung yang datang. Kadang-kadang memang dah advance tapi macam berserabut. Lanun memang tak suka.

3. Kalau artikel korang menarik orang mesti nak komen, sebab tu borang ruang komen mesti Mudah.!! bagi saya komen pada artikel kita adalah satu penghargaan orang terhadap orang yang kita tulis. tak peduli la mengutuk ker komen tu, membina ker atau sekadar nak tegur ejaan. yang penting dieorg baca artikel kita. Mudah bermaksud tak perlu masuk kan "word verification" atau "comment form dalam windows lain". Kalu boleh yang mudah dan korang kena uji form komen korang mudah tak orang nak komen. Sesetengah template form nyer jadi lari / kecik, ni dah melecehkan visitor.

4. Tajuk Artikel yang Best, Artikel yang syok pastinya menarik perhatian orang. nampak jar tajuk post kita terus orang nak baca. Macam surat khabar negara kita mereka gunakan tajuk-tajuk yang macam kontriversi gitu. Contohnya, "Siti dipinang" padahal siti tu dipinang komposer bukan orang nak pinang untuk bernikah. Tajuk penting, Kasi gempak.

5. Artikel yang Gempak, berkaitan artikel ni bergantung pada jenis blog korang.

Sekiranya korang buat blog untuk kongsi aper yang korang buat tiap-tiap hari pastikan korang selitkan sesuatu yang menarik.. Contohnyer gambar, pandangan korang pasal apa yang berlaku, kalau boleh pandangan itu biarlah yang macam menarik perhatian dan boleh buat orang tak puas hati or orang akan argue, dengan ini korang akan dapat komen dari orang-orang yang tak puas hati tu. he3, apepun tu tetap komen kan. Dan pstikan komen tu berbalas, jangan biarkan. Pegang teguh pada pendapat korang.

Masak-masak.. Korang bagi gambar masakan tu menarik siap ngan hiasan, baru la terliur kiteorg penonton ni menengok nyer. Buat resipi yang menarik dan jarang orang buat. Bila nama-nama masakan yang pelik kompem orang akan pandang punya.. rasa nak rasa mesti membuak-buak. kreatif tu kunci segala-galanya.

Blog korang berkaitan ulasan isu-isu terkini pastikan isu itu korang ulas dengan baik dan dari sudut yang berbeza. Jangan sama macam apa yang orang punya pendapat. be different dan pastikan korang bubuh sket bukti untuk kukuhkan ape yang korang cakap. Gambar-gambar yang menarik pun boleh diletak untuk bagi pandangn jadi lebih kukuh.

6. Tambah chatbox kat blog korang,. Chatbox ni boleh korang jadikan tempat untuk berborak dan bertanya khabar. Boleh dikatakan semua blog sekarang ada chatbox. Sapa yang takda tu memang ketinggalan ya amat jauh. he3. Selalu lar jenguk2 peminat anda, bertanya khabar, tengok apa post dieorg.. Kalau nak orang masuk ke blog kita, pastikan kita pun masuk blog dieorg... Itu satu penghargaan bukan. Orang suka dihargai, jadi luangkan masa untuk itu.
chau chendol

10 cara turunkan berat badan tanpa rasa lapar  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

ok kat sini saya akan bagi tip-tip yang akan menggembirakan kepada orang yang berat nya berlebihan tanpa perlu meninggalkan makanan korang..korang try la cube k

Lupakan Kalori

Prinsip kalori memang ada benarnya, tetapi dia tidak memperhatikan fakta bahwa jenis kalori yang berbeda dibakar secara berbeda pula didalam tubuh. Seringkali hanya lemak yang diperhatikan dalam cara diet kalori rendah, ada bukti bahwa ketika kalori yang dimakan sama, individu yang mengkonsumsi lemak paling banyak sebenarnya kehilangan lebih banyak berat badan. Lagipula, efek makanan terhadap selera akan menentukan berat badan dan kemampuan makan. Kunci untuk bisa menurunkan berat badan dalam jangka panjang adalah tidak berkonsentrasi pada jumlah yang anda makan tetapi kualitas makanan-nya.

Makanlah Makanan Kaya Protein
Kalori untuk kalori, protein dikenal bisa memuaskan nafsu makan lebih dari karbohidrat atau lemak. Makanan kaya protein biasanya dapat memuaskan selera makan, karena itu, baik sekali untuk menekankan pentingnya mengkonsumsi makanan kaya protein seperti daging, ikan, telur, kacang-kacangan, dan biji-bijian dalam diet anda.

Makanlah makanan dengan Indeks Glisemik (GI) rendah
GI adalah ukuran untuk mempercepat dan jumlah dimana makanan melepaskan gula kedalam saluran darah. Semakin tinggi jumlah GI dalam makanan, semakin rendah kepuasan yang didapat. Dari 20 penelitian yang pernah dipublikasikan antara tahun 1977 dan 1999, 16 penelitian menunjukkan bahwa makanan dengan GI rendah dapat memberikan kepuasan yang didapatkan dari makan dan mengurangi rasa lapar sesudahnya. Selain kentang makanan kaya protein lainnya yang juga memiliki jumlah GI sangat rendah, adalah kacang-kacangan, miju-miju, dan sebagian besar buah dan sayuran.

Makanlah Sarapan
Sarapan pagi bagi kebanyak-an orang dapat menolong mence-gah makan terlalu banyak pada siang hari. Fenomena ini dipelajari secara formal didalam riset yang dipublikasikan dalam Journal of Nutrition. Studi ini menunjukkan bahwa orang yang mengkonsumsi makanan lebih banyak pada malam hari, rata-rata memakan lebih banyak kalori daripada orang yang makan porsi besar untuk sarapan paginya. Jadi agar dapat mempunyai nafsu makan yang alami, pastikan anda tidak melupakan makan pagi.

Makan sedikit, Jangan terlalu banyak
Ketika kita kelaparan, sulit bagi kita untuk mengontrol apa yang kita makan dan berapa banyak. Makan diantara waktu makan dan makan sedikit kacang-kacangan ataupun buah-buahan pada siang / sore hari dapat membuat kita makan dengan lebih sehat pada jam-jam makan. Selain itu, makan secara teratur juga dihubungkan dengan rendahnya tingkat Insulin (hormon yang bisa menyebabkan kenaikan berat badan pada tubuh dengan menstimulasi produksi lemak).

Jangan Beli
Salah satu cara diet yang baik adalah dengan pola pemilihan makanan yang tepat, karena makanan tidak sehat terlalu mudah didapatkan, dan susah untuk tidak memakannya. Cara yang cukup mudah untuk mencapai ini adalah memastikan tidak berbelanja di supermarket ketika lapar. Jadi makanlah sebelum belanja.

Batasi Konsumsi Alkohol
Salah satu cara untuk mengu-rangi mengkonsumsi kalori yang tidak diinginkan adalah mengurangi minum Alkohol. Sebagian berkeinginan untuk minum Alkohol karena persepsi yang dihasilkan oleh alkohol yang berupa rasa dan efek relaksasi. Tetapi, yang tidak banyak diketahui adalah minum alkohol juga bisa disebabkan rasa haus dan lapar. Mempertahankan agar tidak kehausan dan tidak pergi ke bar atau restoran ketika merasa lapar dapat menekan jumlah konsumsi alkohol anda.

Gunakan Piring Kecil
Porsi makan secukupnya akan menjadi sulit jika kita makan dengan menggunakan piring besar, karena makan de-ngan menggunakan piring besar dapat menimbulkan tendensi untuk mengambil dan makan lebih banyak dari yang dibutuhkan. Oleh karena itu makan dengan menggunakan piring dan mangkuk kecil dapat membantu membatasi makan yang berlebih.

Kunyahlah Makanan Anda
Makan lebih lambat dapat membantu memastikan jumlah makanan yang diserap tubuh serta dapat mengurangi resiko makan terlalu banyak. Secara ideal, makan harus dikunyah merata sebelum ditelan. Hal ini juga bisa membantu agar kita tidak menyentuh sisa makanan dan alat makan lagi sampai makanan benar-benar dimakan seluruhnya.

Temukan Diet Ideal Anda
Penelitian psikologis menunjukkan bahwa setiap orang memiliki tingkat ketangkasan metabolisme yang berbeda-beda terhadap makanan tertentu. Mi-salnya, sebagian orang memiliki metabolisme yang sangat bagus terhadap lemak, sedangkan pada sebagian orang lainnya memiliki metabolisme yang prima terhadap karbohidrat. Mempertahankan berat badan yang sehat adalah menyesuaikan dengan kondisi tubuh. Untuk informasi lebih lanjut, dapat dilihat di http://www.thetrueyoudiet.com

petua-petua tradisional  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan Lobak Merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.

  1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
  2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
  3. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau

Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.

Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj

Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air Limau Nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak

Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala

Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan

  1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
  2. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda

  1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
  2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi

Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka

(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.


Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

Susu Alphalipid memang terbukti dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah seseorang. Selain dari susu Alphalipid, terdapat makanan lain yang juga bersumberkan semulajadi mempunyai kelebihan yang sama. Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut :

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.



4. EPAL

Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.


5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.



7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.


9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.


10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

kuih-muih di malaysia  

Dicatat oleh penyamOun_tokan






























group world cup 2010  

Dicatat oleh penyamOun_tokan





jadual lengkap world cup 2010  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

Jadual Piala Dunia FIFA 2010
Hari Venue & Masa Peringkat Pasukan 1 Keputusan Pasukan 2
Jumaat

11 Jun

Johannesburg (SC), 16:00 Kumpulan A Afrika Selatan Bendera Afrika  Selatan Bendera Mexico Mexico
Cape Town, 20:30 Uruguay Bendera Uruguay Bendera Perancis Perancis
Sabtu

12 Jun

Port Elizabeth, 13:30 Kumpulan B Korea Selatan Bendera Korea  Selatan Bendera Greece Greece
Johannesburg (Ellis), 16:00 Argentina Bendera Argentina Bendera Nigeria Nigeria
Rustenburg, 20:30 Kumpulan C England Bendera England Flag of the  United States Amerika Syarikat
Ahad

13 Jun

Polokwane, 13:30 Algeria Bendera Algeria Bendera Slovenia Slovenia
Pretoria, 16:00 Kumpulan D Serbia Bendera Serbia Bendera Ghana Ghana
Durban, 20:30 Jerman Bendera Jerman Bendera Australia Australia
Isnin

14 Jun

Johannesburg (SC), 13:30 Kumpulan E Belanda Bendera Belanda Bendera Denmark Denmark
Bloemfontein, 16:00 Jepun Bendera Jepun Bendera Cameroon Cameroon
Cape Town, 20:30 Kumpulan F Itali Bendera Itali Bendera Paraguay Paraguay
Selasa

15 Jun

Rustenburg, 13:30 New Zealand Bendera New Zealand Bendera Slovakia Slovakia
Port Elizabeth, 16:00 Kumpulan G Côte d'Ivoire Bendera Côte  d'Ivoire Bendera Portugal Portugal
Johannesburg (Ellis), 20:30 Brazil Bendera Brazil Bendera Korea Utara Korea Utara
Rabu

16 Jun

Nelspruit, 13:30 Kumpulan H Honduras Bendera Honduras Bendera Chile Chile
Durban, 16:00 Sepanyol Bendera Sepanyol Bendera Switzerland Switzerland
Pretoria, 20:30 Kumpulan A Afrika Selatan Bendera Afrika  Selatan Bendera Uruguay Uruguay
Khamis

17 Jun

Johannesburg (SC), 13:30 Kumpulan B Argentina Bendera Argentina Bendera Korea  Selatan Korea Selatan
Bloemfontein, 16:00 Greece Bendera Greece Bendera Nigeria Nigeria
Polokwane, 20:30 Kumpulan A Perancis Bendera Perancis Bendera Mexico Mexico
Jumaat

18 Jun

Port Elizabeth, 13:30 Kumpulan D Jerman Bendera Jerman Bendera Serbia Serbia
Johannesburg (Ellis), 16:00 Kumpulan C Slovenia Bendera Slovenia Flag of the  United States Amerika Syarikat
Cape Town, 20:30 England Bendera England Bendera Algeria Algeria
Sabtu

19 Jun

Durban, 13:30 Kumpulan E Belanda Bendera Belanda Bendera Jepun Jepun
Rustenburg, 16:00 Kumpulan D Ghana Bendera Ghana Bendera Australia Australia
Pretoria, 20:30 Kumpulan E Cameroon Bendera Cameroon Bendera Denmark Denmark
Ahad

20 Jun

Bloemfontein, 13:30 Kumpulan F Slovakia Bendera Slovakia Bendera Paraguay Paraguay
Nelspruit, 16:00 Itali Bendera Itali Bendera New Zealand New Zealand
Johannesburg (SC), 20:30 Kumpulan G Brazil Bendera Brazil Bendera Côte  d'Ivoire Côte d'Ivoire
Monday

21 Jun

Cape Town, 13:30 Portugal Bendera Portugal Bendera Korea Utara Korea Utara
Port Elizabeth, 16:00 Kumpulan H Chile Bendera Chile Bendera Switzerland Switzerland
Johannesburg (Ellis), 20:30 Sepanyol Bendera Sepanyol Bendera Honduras Honduras
Selasa

22 Jun

Rustenburg, 16:00 Kumpulan A Mexico Bendera Mexico Bendera Uruguay Uruguay
Bloemfontein, 16:00 Perancis Bendera Perancis Bendera Afrika  Selatan Afrika Selatan
Durban, 20:30 Kumpulan B Nigeria Bendera Nigeria Bendera Korea  Selatan Korea Selatan
Polokwane, 20:30 Greece Bendera Greece Bendera Argentina Argentina
Rabu

23 Jun

Port Elizabeth, 16:00 Kumpulan C Slovenia Bendera Slovenia Bendera England England
Pretoria, 16:00 Amerika Syarikat Flag of the  United States Bendera Algeria Algeria
Johannesburg (SC), 20:30 Kumpulan D Ghana Bendera Ghana Bendera Jerman Jerman
Nelspruit, 20:30 Australia Bendera Australia Bendera Serbia Serbia
Khamis

24 Jun

Johannesburg (Ellis), 16:00 Kumpulan F Slovakia Bendera Slovakia Bendera Itali Itali
Polokwane, 16:00 Paraguay Bendera Paraguay Bendera New Zealand New Zealand
Rustenburg, 20:30 Kumpulan E Denmark Bendera Denmark Bendera Jepun Jepun
Cape Town, 20:30 Cameroon Bendera Cameroon Bendera Belanda Belanda
Jumaat

25 Jun

Durban, 16:00 Kumpulan G Portugal Bendera Portugal Bendera Brazil Brazil
Nelspruit, 16:00 Korea Utara Bendera Korea Utara Bendera Côte  d'Ivoire Côte d'Ivoire
Pretoria, 20:30 Kumpulan H Chile Bendera Chile Bendera Sepanyol Sepanyol
Bloemfontein, 20:30 Switzerland Bendera Switzerland Bendera Honduras Honduras
Sabtu

26 Jun

Port Elizabeth, 16:00 16 pasukan terakhir - Perlawanan 1 1A 2B
Rustenburg, 20:30 16 pasukan terakhir - Perlawanan 3 1C 2D
Ahad

27 Jun

Bloemfontein, 16:00 16 pasukan terakhir - Perlawanan 4 1D 2C
Johannesburg (SC), 20:30 16 pasukan terakhir - Perlawanan 2 1B 2A
Isnin

28 Jun

Durban, 16:00 16 pasukan terakhir - Perlawanan 5 1E 2F
Johannesburg (Ellis), 20:30 16 pasukan terakhir - Perlawanan 7 1G 2H
Selasa

29 Jun

Pretoria, 16:00 16 pasukan terakhir - Perlawanan 6 1F 2E
Cape Town, 20:30 Round of 16 - Match 8 1H 2G
Rabu

30 Jun

Hari rehat
Khamis

1 Julai

Jumaat

2 Julai

Port Elizabeth, 16:00 Suku akhir C 5 7
Johannesburg (SC), 20:30 Suku akhir A 1 3
Sabtu

3 Julai

Cape Town, 16:00 Suku akhir B 2 4
Johannesburg (Ellis), 20:30 Suku akhir D 6 8
Ahad

4 Julai

Hari rehat
Isnin

5 Julai

Selasa

6 Julai

Cape Town, 20:30 Separuh akhir I A C
Rabu

7 Julai

Durban, 20:30 Separuh akhir II B D
Khamis

8 Julai

Hari rehat
Jumaat

9 Julai

Sabtu

10 Julai

Port Elizabeth, 20:30 Penentuan Tempat Ketiga Tewas I Tewas II
Ahad

11 Julai

Johannesburg (SC), 20:30 Akhir Pemenang I Pemenang II