resepi biskut raya  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

Bahan-bahan:

1 kg kacang hijau
1 kg gula halus
250 gram air

Cara penyediaan:

Masak gula bersama air hingga gula cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan sejuk.
Sementara itu sangai kacang hijau hingga wangi dan masak.
Tumbuk dan tampi untuk asingkan kulit kacang hijau.
Kisar kacang hijau hingga halus.
Ayak kacang telah dikisar ke dalam air gula yang telah disediakan tadi.
Kacau rata dan sebati.
Biarkan seketika selama 3 jam.
Bentukkan putu acuan dengan acuan. Kemudian jemur hingga kering.





Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
250 gram marjerin
½ gelas air
1 sudu jintan manis
6 ulas bawang merah
1 tangkai cili hidup
Sedikit udang kering
2 tangkai daun kari, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Marjerin dan air dipukul hingga sebati. Ketepikan.
Jintan manis, bawang, cili dan udang kering dikisar halus.
Campurkan bahan-bahan kisar ke dalam mangkuk dan tambahkan marjerin dan air yang dipukul tadi.
Masukkan tepung sedikit demi dedikit hingga menjadi adunan yang lembut.
Masukkan daun kari.
Ambil sedikit adunan dan lenyekkan di atas acuan kuih siput. Goreng hingga masak.





Bahan-bahan:

220 gram tepung gandum
60 gram tepung beras
1 biji kelapa
5 biji telur
250 gram gula halus
500 ml air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Telur dan gula halus dipukul hingga rata.
Ayak tepung gandum bersama tepung beras.
Masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan santan perlahan-lahan dan kacau hingga adunan menjadi sebati.
Panaskan minyak bersama dengan acuan kuih kapit.
Tuang satu hingga dua sudu adunan ke dalam acuan dan kapit ke dalam miyak untuk digoreng.
Apabila adunan telah garing, kulit kuih kapit akan menjadi keras di bahagian luar acuan.
Perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan.
Buka tudung acuan dan keluarkan isinya untuk dilipat denga segera.
Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.






Bahan-bahan:

1 bungkus tepung beras
2 cawan gula/ikut manis sendiri
3 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air. Kacau hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas (seperti acu roti jala), tuang adunan di dalam kuali seperti membuat roti kirai.
Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan.
Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin.



Bahan-bahan:

600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng.
Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.






Bahan-bahan:

1 oz buah ceri
1.5 oz kepingan badam
2.5 oz mentega tawar (unsalted butter)
2 oz gula kastor
2 sudu makan krim berganda (double cream)
1 oz isi kuaci
0.75 oz buah-buahan kering campur
0.75 kismis
0.5 oz tepung gandum
4 oz kepingan coklat gelap (dark chocolate)


Cara penyediaan:

Pecah-pecahkan kepingan badam.

Potong kasar buah ceri.

Cairkan mentega bersama gula di atas api sehingga larut dan mendidih. Tutup api dan masukkan tepung, badam, kismis, buah-buahan kering, kuaci dan krim. Kacau hingga rata.

Griskan kertas pembakar dengan mentega di atas loyang pembakar. Letakkan satu sudu teh penuh adunan di atas kertas pembakar tersebut. Buat hingga habis. Jarakkan antara satu sama lain.

Bakar dalam ketuhar pada kepanasan 180 C selama 7 minit atau sehingga nampak tepinya keperangan.

Keluarkan dari ketuhar, gunakan penerap biskut berbentuk bulat dan terap untuk membuat bentuk bulat yang cantik. Bakar semula sehingga keseluruhannya nampak keperangan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Sementara itu, sediakan coklat cair secara pemanasan berlapis (double boil). Celup setiap biskut sehingga keseluruhannya tersalut. Susun atas kertas tak melekat (non-stick paper) sehingga sejuk sepenuhnya.

Sedia untuk dihidangkan. Simpan dalam bekas kedap udara jika tidak dihidangkan.





Bahan-bahan:

Bahan A

180 gram mentega
½ sudu kecil coklat emulco
50 gram gula halus
100 gram gula perang

Bahan B

1 biji telur

Bahan C

260 gram tepung kek (ayak)
¼ sudu kecil soda bikarbonat (ayak)
1/8 sudu kecil emplek (ayak)
160 gram coklat chips
60 gram walnut

Bahan hiasan

Coklat putih

Cara Penyediaan:


Putar bahan A hingga kembang. Masukkan Bahan B dan C.
Rehatkan adunan di dalam chiller semalaman.
Keluarkan adunan dari chiller dan biarkan pada suhu bilik.
Bentukkan bulat-bulat dan tekan dengan garpu.
Bakar hingga masak dan sejukkan.
Panaskan coklat putih secara double boiler.
Hiaskan di atas biskut.




Bahan-bahan:

250 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung kastard
100 gram buah-buahan campuran ceri
2 butir telur
3 sudu kecil essen vanilla
1 tin susu pekat

Cara penyediaan:

Ayak tepung gandum bersama tepung kastard. Masukkan mentega dan ramas menjadi serbuk roti.
Masukkan buah-buahan campuran ceri, essen vanilla dan tepung.
Lumur rata loyang pembakar dengan minyak masak.
Bentukkan biskut dan bakar selama 20 minit pada suhu 180°C sehingga biskut hingga kekuningan.




Bahan-bahan:

10 biji telur
600 gm tepung
300 gm gula

Cara Penyediaan:

Pukul telur dan gula sehingga kembang. Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk. Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.





BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar air
2 cawan tepung serba guna
1 ½ cawan gula
½ cawan mentega
½ cawan Mentega Kacang
2 biji telur
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
1 ½ sudu teh vanila ekstrak
6 auns mini semisweet cip coklat (1 cawan)



PENYEDIAAN:

Panaskan ketuhar pada 375° .

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.

Putar gunakan pengadun elektrik (electric mixer) hingga sebati.

Tingkatkan kelajuan mixer pada kelajuan sederhana. Putar selama kira-kira 2 minit sambil mengikis bahan-bahan yang melekat pada bahagian tepi keliling mangkuk dari semasa ke semasa.

Masukkan coklat cip mini.

Dengan sudu teh, sudukan adunan membentuk setompok-setompok di atas loyang pembakar. Pastikan jaraknya dalam 2 inci antara satu sama lain. Bakar selama 12 ~15 minit atau sehingga warnanya menjadi coklat keemasan.

Setelah masak, angkat dan sejukkan pada suhu bilik. Sedia untuk dihidangkan.

Simpan dalam bekas yang dengan ketat dan kedap udara. Tahan sehingga 3 minggu. Boleh juga disimpan di dalam peti ais untuk jangkamasa yang lebih lama.






Bahan-bahan:
(hasil anggaran 5 dozen)

200g Tepung gandum
3 sudu besar Serbuk kari
½ sudu teh Lada sulah
¼ sudu teh Serbuk cili (paprika)
5 helai Daun kari – potong halus (jika suka)
100g Cornflakes – dihancur kasar
100g Keju cheddar parut
150g mentega atau marjerin
2 sudu besar gula
1 biji telur

Bahan hiasan (jika suka):
Bijan
Kuning telur – pukul sedikit
Keju cheddar parut

Cara Penyediaan:

Satukan tepung gandum, serbuk kari, lada sulah, serbuk cili, dan daun kari di dalam mangkuk. Gaul hingga sekata. Kemudian masukkan conflakes dan keju cheddar parut. Gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.

Dalam bekas lain, pukul mentega atau marjerin bersama gula dan telur sehingga sebati. Kemudian masukkan campuran conflakes yang diketepikan tadi. Gaul hingga sebati sehingga membentuk doh yang lembut.

Taburkan tepung atas meja kerja. Canai doh setebal 5mm. Terap dengan acuan biskut atau potong dengan pisau tajam mengikut bentuk yang disukai. Susun di atas dulang pembakar yang telah dilenser. Jika suka, oles nipis permukaan biskut dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan serta keju parut.

Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180ºC sehingga kekuningan, anggaran selama 15-20 minit.

Sumber: Kotak Nestle Corn Flakes edisi Raya 2010








Bahan-bahan:

110g mentega
25g gula kastor
20g tepung jagung
1 biji telur kuning
160g tepung gandum

bahan hiasan-
kuning telur
croquant (campuran gula, kacang hazel cincang dan badam cincang)


Cara Penyediaan:


Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang.

Setelah kembang, masukkan tepung jagung dan kuning telur. Kacau hingga sebati.

Masukkan tepung gandum dan uli hingga membentuk doh.

Canai adunan msetebal 1cm. Cetak mengikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah digris dengan mentega atau minyak masak.

Sapukan kuning telur pada permukaan biskut dan taburi croquant.

Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.

Setelah masak, boleh dihidangkan panas-panas atau biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mncuba.

resepi biskut masam manis  

Dicatat oleh penyamOun_tokan


Bahan-bahan:

250 gm mentega
150 gm gula perang
1 biji kuning telur
2 sudu makan madu
50 gm gajus - kisar halus
50 gm asam gambir (haw flakes) - hancurkan
200 gm tepung gandum

Bahan hiasan:
Kuning telur
Asam gambir (haw flakes)


Cara Penyediaan:

Pukul mentega, gula perang, telur kuning dan madu hingga sebati.
Masukkan gajus, asam gambir dan tepung gandum, gaul sehingga membentuk doh.
Taburkan tepung pada meja kerja untuk mengelakkan doh melekat.
Canai doh anggaran setebal 8mm. Terap mengikut corak yang anda suka dan susun atas dulang pembakar yang telah digris.
Sapu kuning telur pada permukaan atas dan letakkan sekeping asam gambir sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 180ºC selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

resepi begerdel kentang & daging  

Dicatat oleh penyamOun_tokan














Bahan-bahan:


300 gram kentang
100 gram daging kisar
¼ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
Setangkai daun sup - hiris
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng terendam

Bahan salut:
2 biji telur - pukul

Cara Penyediaan:

Rebus kentang hingga empuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah ilenyek dengan daging kisar, lada sulah, serbuk buah pala, jintan putih, jintan manis, daun sup dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.

Panaskan minyak dalam kuali.

Bulat-bulat dan leperkan adunan kentang tadi, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan soto, mihun sup atau bersama hidangan nasi.

resepi agar-agar  

Dicatat oleh penyamOun_tokan













Bahan-bahan:


Lapisan bawah:

500 ml susu cair
5 gram serbuk agar-agar
125 gram gula pasir
1 sudu teh esen strawberi
Beberapa titik pewarna merah

Lapisan atas:
300 ml air
3 gram serbuk agar-agar
75 gram gula pasir
Beberapa titik pewarna merah
Buah strawberry secukupnya – dihiris nipis / dibelah dua / biarkan sebiji-sebiji mengikut suka

Cara Penyediaan:

Satukan bahan-bahan lapisan bawah dalam satu periuk. Panaskan sambil dikacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam loyang atau cawan koktail (cukup separuh ketinggian loyang atau cawan). Biarkan sejuk dan memejal.

Setelah puding manjadi pejal, susun buah strawberi pada keseluruhan permukaan atas. Ketepikan seketika.

Satukan bahan-bahan lapisan atas selain buah strawberi dalam satu periuk. Panaskan sambil dikacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Kemudian tuangkan ke atas loyang atau cawan koktail tadi. Biarkan sejuk dan memejal. Boleh disejukkan ke dalam peti ais jika suka.

Sedia untuk dihidangkan.

X- PLORASI BERAKIT SG PAHANG IPT 1 MALAYSIA 2010  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

buat duit dengan PayDotCom.com  

Dicatat oleh penyamOun_tokan

Hanya dengan kerja mudah promote link kt blog ANDA dan bile org join PayDotCom ANDA akan dapat DUIT!!!!!!MUDAH......SENANG.....tak perlu susah2 kan....sila klik link ni ok untuk join PayDotCom....http://paydotcom.net/?affiliate=699563

statistik penduduk di Malaysia updated 2009  

Dicatat oleh penyamOun_tokan